Felda beli 5.15 juta saham FGV daripada pasaran terbuka

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membeli 5.15 juta saham FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka pada Khamis dalam usaha untuk mengambil alih syarikat perladangan itu.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membeli 5.15 juta saham FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka pada Khamis dalam usaha untuk mengambil alih syarikat perladangan itu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membeli 5.15 juta saham FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka pada Khamis dalam usaha untuk mengambil alih syarikat perladangan itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, FGV berkata, saham itu dibeli pada RM1.29 sesaham.

Pada 12 Januari, Felda mengeluarkan dokumen tawaran berkaitan tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat untuk semua baki saham dalam FGV yang tidak dimilikinya, kecuali saham perbendaharaan.

Tawarannya sebanyak RM1.30 sesaham akan dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang pada 2 Februari, kecuali dilanjutkan atau disemak semula dengan pengumuman yang akan dibuat oleh Maybank IB, dua hari sebelum tarikh tutup. - Bernama

Artikel Berkaitan: