Dua lelaki diberkas terlibat pecah rumah, curi kereta mewah

Kereta Volkswagen yang dirampas dari suspek.
Kereta Volkswagen yang dirampas dari suspek.
A
A
A

SEBERANG PERAI TENGAH - Dua lelaki dicekup sepasukan polis ketika sedang leka berada dalam sebuah rumah di Kubang Semang, Bukit Mertajam di sini tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kedua-dua lelaki berusia 28 tahun itu ditahan dalam Op Limau kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di kawasan sekitar.

Menurutnya, salah seorang daripada suspek masih berada dalam tempoh pengawasan selama dua tahun kerana terlibat dalam kes pecah rumah dan mencuri kereta mewah di Petaling Jaya, Selangor.

"Kedua-dua suspek mengaku melakukan beberapa kes pecah rumah di sekitar Machang Bubok bersama rakan mereka yang masih bebas.

Beberapa master key yang ditemui dalam kenderaan terbabit dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah.
Beberapa master key yang ditemui dalam kenderaan terbabit dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah.

"Suspek kedua mengakui menjadikan rumah tersebut sebagai tempat berkumpul rakan-rakan nya yang bukan tinggal di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, suspek akan berkumpul sebelum melakukan jenayah pecah rumah di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT).

"Suspek yang berasal dari Batu Caves, Selangor itu mempunyai sembilan rekod jenayah manakala rakannya dari Klang tiada rekod jenayah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, polis turut merampas sebuah kereta jenis Volkswagen yang diakui suspek pertama bahawa kenderaan itu miliknya.

"Pada mulanya, suspek mengakui kenderaan itu miliknya dan datang ke negeri ini untuk bercuti. Namun hasil semakan mendapati, kereta itu adalah kereta curi dan dilaporkan hilang di Johor.

"Pemeriksaan lanjut ke atas kereta berkenaan menemui peralatan pecah rumah antaranya 'master key' yang diubahsuai, 'allenkey', spanar, beberapa batang pemutar skru, kuku kambing dan dua sarung tangan.

"Pemeriksaan dalam rumah tersebut pula menjumpai pelbagai barangan dipercayai barang curi antaranya beberapa utas jam dan beberapa buah komputer riba," katanya.

Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.