Pukul pengurus restoran: Datuk, seorang lagi lelaki direman 2 hari

Dua lelaki (dua dari kiri) termasuk seorang Datuk yang tular dalam insiden pergaduhan di sebuah restoran di Tropicana Avenue Selasa lalu, ditahan reman di Mahkamah Majistret di sini selama dua hari bermula hari ini.
Dua lelaki (dua dari kiri) termasuk seorang Datuk yang tular dalam insiden pergaduhan di sebuah restoran di Tropicana Avenue Selasa lalu, ditahan reman di Mahkamah Majistret di sini selama dua hari bermula hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Dua lelaki termasuk seorang daripadanya bergelar Datuk direman dua hari bermula hari ini (Jumaat) berhubung insiden gaduh di sebuah restoran di Tropicana Avenue pada Selasa lalu.

Penolong pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Siti Mazrah Mohamad mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan reman daripada pihak polis.

Lelaki berusia 39 tahun yang memakai baju T berwarna putih manakala individu bergelar Datuk berusia 42 tahun itu memakai baju T hitam, tiba di mahkamah pada jam 9 pagi, sambil ditemani peguam, Datuk Suraj Singh.

Mereka direman sehingga esok (Sabtu) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis cari 'Datuk' pukul pengurus restoran

Seksyen 323 adalah bagi kesalahan mendatangkan cedera, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara bagi Seksyen 506 kerana mengugut, membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Laporan Sinar Harian sebelum ini berkaitan insiden itu.
Laporan Sinar Harian sebelum ini berkaitan insiden itu.

Sebelum ini, dua individu termasuk seorang lelaki yang dipercayai bergelar Datuk ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pukul seorang pengurus sebuah restoran di Tropicana Avenue di sini.

Artikel Berkaitan:

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah menahan dua lelaki berusia 39 dan 42 tahun itu pada jam 9 malam.

Berdasarkan siasatan awal katanya, mangsa dipukul kerana menegur suspek yang duduk di meja bersebelahan kerana bercakap dalam nada suara yang tinggi.

Terdahulu, satu video berdurasi 29 saat menunjukkan suspek memukul seorang lelaki di restoran berkenaan, tular di media sosial sejak Selasa.