Bawang bernilai lebih RM170,000 dari China, Pakistan dirampas

Maqis Selangor mematahkan cubaan menyeludup masuk bawang dari China dan Pakistan di Pelabuhan Klang Barat, Pelabuhan Klang, pada Selasa.
Maqis Selangor mematahkan cubaan menyeludup masuk bawang dari China dan Pakistan di Pelabuhan Klang Barat, Pelabuhan Klang, pada Selasa.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor mematahkan cubaan menyeludup masuk bawang bernilai RM179,822.85 dari China dan Pakistan di Pelabuhan Klang Barat Selasa lalu.

Pengarahnya, Dr Tarmisal Alimin berkata, percubaan untuk membawa masuk dua kontena mengandungi 86,500 kilogram (kg) bawang merah dan kuning itu dipercayai dilakukan sebuah syarikat tempatan.

Menurutnya, rampasan itu dibuat selepas pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh pegawai penguat kuasa Maqis kira-kira jam 11.30 pagi

"Rampasan dibuat kerana tidak mematuhi syarat sepertimana yang dinyatakan pada permit import Maqis iaitu tidak mematuhi Sijil Perakuan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan).

“Kegagalan mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011[Akta 728].

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya mengambil serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam kelestarian makanan negara.

Artikel Berkaitan: