X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita, bayi maut kereta langgar pokok

Anggota bomba membawa mayat salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, malam tadi.
A
A

KLUANG - Seorang wanita dan bayi maut manakala abang serta anak lelakinya cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 74.3 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam pada Khamis.

Dalam kejadian pada jam 11.40 malam itu, mangsa, B Nagaranjini, 25, maut akibat cedera parah di kepala manakala bayi perempuan yang juga anak saudaranya, G Varsha berusia lima bulan tercampak keluar dari kereta dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, abang mangsa, B Guna, 40, yang memandu kereta Perodua Myvi dan seorang lagi anaknya, Trishikan, 6, patah kaki.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Law Hang Seng berkata, Perodua Myvi itu datang dari arah Ayer Hitam menghala Johor Bahru.

"Kejadian berlaku selepas kereta Myvi dipandu Guna hilang kawalan sebelum terbabas melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki mangsa hendak mengelak kenderaan di sebelah kanan jalan sehingga menyebabkan hilang kawalan.

"Kereta berkenaan kemudian terbabas melanggar pokok di tepi kiri jalan. Dua penumpang hadapan cedera parah dan maut di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang belakang cedera parah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat kemalangan selepas kereta dinaiki melanggar sebatang pokok dan meragut dua nyawa termasuk seorang bayi di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, malam tadi.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat kemalangan selepas kereta dinaiki melanggar sebatang pokok dan meragut dua nyawa termasuk seorang bayi di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, malam tadi.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Kluang dan semua mangsa dari Jalan Permata 7, Taman Sri Jaya 8, Renggam di sini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dengan satu jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Ismail Mamat berkata, pihaknya mengeluarkan Trishikan yang tersepit di bahagian tempat duduk penumpang.

Ismail berkata, operasi tamat pada jam 4 pagi pada Jumaat.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!