PKP: Sunway Lagoon henti sementara operasi

Poster penutupan taman tema air berkenaan bermula 13 sehingga 26 Januari ini.
Poster penutupan taman tema air berkenaan bermula 13 sehingga 26 Januari ini.
A
A
A

SUBANG - Taman tema air Sunway Lagoon menghentikan sementara operasi mereka susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti diumumkan kerajaan sebelum ini.

Menerusi satu kenyataan media pada Selasa, Sunway Lagoon berkata, taman tema air berkenaan akan ditutup sepanjang pelaksanaan PKP bermula 13 sehingga 26 Januari ini.

Katanya, Sunway Lagoon juga akan memanjangkan masa sah laku buat pelanggan-pelanggan yang telah membeli tiket melalui kaunter taman tema atau laman web rasmi mereka.

"Bagi mencegah dan mengawal wabak Covid-19, Sunway Lagoon akan terus memberikan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas ini," katanya.

Tambahnya, Sunway Lagoon berharap agar situasi pandemik ini segera pulih agar taman tema berkenaan dapat beroperasi semula buat semua pengunjung mereka.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP bermula 13 sehingga 26 Januari ini di beberapa negeri susulan daripada peningkatan kes baharu wabak Covid-19 di dalam negara.

Artikel Berkaitan: