Isytihar darurat bukan tindakan pengecut selamatkan politik individu

Jalaluddin sebagai panelis Wacana Sinar Harian Siri ke-225 bertajuk 'Darurat: Kerajaan Pilih Jalan Selamat?' yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Khamis.
Jalaluddin sebagai panelis Wacana Sinar Harian Siri ke-225 bertajuk 'Darurat: Kerajaan Pilih Jalan Selamat?' yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Jalaluddin Alias tidak melihat pengisytiharan darurat adalah satu tindakan pengecut untuk menyelamatkan politik individu atau politik tertentu.

Sebaliknya beliau berkata, pengisytiharan itu adalah sebagai satu pendekatan bagi membolehkan kerajaan menyelaraskan semua jentera parti yang terlibat dalam negara ini.

“Supaya kita boleh menggarap keseluruhan tenaga untuk memikirkan soal kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai panelis Wacana Sinar Harian Siri ke-225 bertajuk ‘Darurat: Kerajaan Pilih Jalan Selamat?’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Khamis.

Wacana turut menampilkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood sebagai panelis, manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Wacana Sinar Harian Siri ke-225 yang membincangkan topik 'Darurat: Kerajaan Pilih Jalan Selamat?' menampilkan Ismail selaku moderator dan barisan panelis iaitu Nik Ahmad Kamal, Mujahid dan Jalaluddin yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Jelebu itu turut menyarankan kepada kerajaan agar memikirkan bagaimana mahu mengisi keperluan rakyat melibatkan kesihatan, keselamatan keluarga dan kos sara hidup mereka.

“Ini yang harus diberi perhatian oleh kerajaan dalam soal memenuhi keperluan dan mengisi kantung mereka yang kita tahu bahawa rata-rata rakyat dan masyarakat sekarang berada dalam keadaan tekanan ekonomi.

Artikel Berkaitan:

“Bila umum sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Rabu, berapa ramai pekerja dan bakal kehilangan pekerjaan buat kali kedua dan ketiga sepanjang tempoh pandemik ini.

“Dan mereka akan menghadapi suasana masa depan yang sangat menyusahkan keluarga mereka. Ini kerajaan kena fikir bagaimana mahu mengisi keperluan mereka,” katanya.