X

Kindly register in order to view this article
!

Mufti Menk terima suntikan pertama vaksin

Tangkap layar Instagram menunjukkan Mufti Ismail Menk menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
A
A

SHAH ALAM - Pendakwah tersohor Ismail Menk atau lebih dikenali ramai sebagai Mufti Menk menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menerusi perkongsian beliau di laman sosial Instagram peribadinya pada Khamis, suntikan vaksin yang diperolehnya itu ialah keluaran Sinopharm di Hospital Ras al Khaimah (RAK) UAE.

“Bismillah. Dos pertama Sinopharm. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua daripada wabak ini dan semua jenis virus dan penyakit-penyakit lain. Amin,” ucapnya.

Beliau yang berasal dari Zimbabwe dan cukup terkenal di seluruh dunia termasuk dalam kalangan pengguna media sosial, membuktikan bahawa umat Islam tidak perlu was-was dengan suntikan tersebut.

Dalam pada itu, beliau juga memuat naik video berdurasi 7 saat membuktikan dirinya menjadi individu yang menerima suntikan vaksin dan ditonton lebih 629,837 tontonan sejak Khamis.

Sabtu lalu, Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz menerima suntikan vaksin Covid-19 sebaik sahaja bekalan vaksin selamat tiba dan diedarkan kepada 150,000 individu pertama di negara itu.

Awal tahun ini vaksin mula diedarkan di seluruh dunia dan ramai pemimpin dunia mula menerima suntikan itu.

Antaranya, Presiden Indonesia, Joko Widodo; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Presiden baharu Amerika Syarikat, Joe Biden dan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!