Tinggal 845 mangsa banjir di 10 PPS di Johor

Banjir yang melanda Kampung Sepakat Baru, Skudai, Johor Bahru, mulai surut pada Rabu selepas cuaca bertambah baik.
Banjir yang melanda Kampung Sepakat Baru, Skudai, Johor Bahru, mulai surut pada Rabu selepas cuaca bertambah baik.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 845 orang daripada 265 keluarga setakat jam 8 pagi pada Jumaat.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 784 orang daripada 245 keluarga jam 4 pagi.

"Tinggal 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima daerah di negeri ini. Sebanyak 17 PPS ditutup yang kebanyakannya di Kota Tinggi antaranya Dewan Kampung Muhibah; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yok Poon dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kapal.

"Ini termasuk SK Semanggar; SK Felda Air Tawar 1; SK Lepau; SK Sungai Rengit; SJKC New Kota; Dewan Sri Delima; SK Laksamana Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kota Tinggi; SK Bukit Lintang dan SK Datuk Usman Awang," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat.

Anggota bomba mengagihkan sebahagian daripada 70 kilogram ikan yang disumbangkan Bulan Sabit Merah Johor kepada mangsa banjir dan Covid-19 di kawasan yang terjejas banjir di seluruh Johor.
Anggota bomba mengagihkan sebahagian daripada 70 kilogram ikan yang disumbangkan Bulan Sabit Merah Johor kepada mangsa banjir dan Covid-19 di kawasan yang terjejas banjir di seluruh Johor.

Katanya, semua PPS berkenaan ditutup pada jam 2 petang Khamis manakala di daerah lain hanya tinggal dua PPS di Johor Bahru manakala satu PPS masing-masing di Segamat, Batu Pahat dan Kluang.

Beliau berkata, daerah paling ramai mangsa banjir masih lagi di Kota Tinggi yang menempatkan 525 orang daripada 140 keluarga di lima PPS.