Tun Salleh Abas positif Covid-19
KUALA TERENGGANU - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas disahkan positif Covid-19.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Trustee Berhad, Abdul Aziz Peru Mohamed berkata, Mohamed Salleh yang juga Pengerusi syarikat amanah tersebut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan berada dalam keadaan stabil.
“Bagaimanapun, pihak hospital mengambil langkah berjaga-jaga atas faktor umur Tun. Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan yang terbaik buat Pengerusi kita yang disayangi.
"Semoga Allah memberikan kesembuhan dan mempermudahkan segala urusan beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus mengesahkan bahawa Mohamed Salleh sedang dirawat di HSNZ.
Beliau bagaimanapun tidak memperincikan butiran lanjut mengenainya. - Bernama
Kes Covid-19 di Pulau Pinang menurun
Perak rekod 1,089 kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu
Empat kes Covid-19 dikesan di PPS Johor
Covid-19: Pemakaian pelitup muka masih digalakkan di sekolah
[VIDEO] Anak bongsu Noor Rahiza tidak henti-henti panggil 'mama'
Peniaga maut dibunuh sekumpulan lelaki berparang
Pelik orang Malaysia tidak pandai berbahasa Melayu
KWSP perkenal Akaun Fleksibel, keluar simpanan bila-bila masa