X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Jadi lauk: Syukur tak tergamak jamah Tongkol

Tongkol antara kerbau yang jinak dan manja dengan Syukur selain Awang.
A
A

KUALA TERENGGANU - Muhammad Syukur Khamis mengakui tidak mampu untuk menjamah lauk kerbau yang dihidangkan pada majlis sambut menantu meraikan dua abangnya, hari ini.

Mungkin masih belum boleh menerima sepenuhnya kehilangan Tongkol, remaja berusia 14 tahun itu hanya makan lauk lembu dan hidangan lain.

Biarpun menyangkal rasa sedih atas kehilangan Tongkol, namun lirikan mata dan wajahnya, Syukur dililhat tidak mampu menyembunyikan isi hatinya yang sebenar.

Tongkol, kerbau kesayangan Syukur disembelih pagi tadi untuk dijadikan lauk untuk majlis persandingan abang-abangnya.

Sungguhpun sedih, namun Syukur masih mampu tersenyum kerana mungkin inilah hadiah yang mampu diberikan kepada abang-abangnya sempena hari bahagia mereka.

Tetamu yang hadir tidak melepaskan peluang merakam gambar bersama Muhammad Syukur dan pasangan pengantin.
Tetamu yang hadir tidak melepaskan peluang merakam gambar bersama Muhammad Syukur dan pasangan pengantin.

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata 'Mowgli Malaysia'

Kemeriahan majlis yang meraikan dua abangnya, Muhammad Kamil, 30 dan Muhammad Alias, 29, bersama pasangan masing-masing, Syukur tetap dilihat sebagai watak utama yang menjadi tumpuan.

Manakan tidak, sejak jam 9 pagi hingga ke 5 petang, Syukur tidak putus-putus menerima permintaan bergambar oleh tetamu yang datang.

Lebih 3,000 tetamu hadir pada majlis itu dengan 10 kawah lauk antaranya lima kawah gulai kerbau, tiga kawah gulai lembu dan dua kawah gulai ayam dihidangkan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!