X

Kindly register in order to view this article
!

Bukit Aman sedia kerjasama kesan wanita disyaki curi wang di kasino Korea

Dev Kumar
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Korea Selatan bagi membantu mengesan seorang wanita pekerja warga Malaysia yang didakwa terbabit dalam kes kecurian wang dari pusat perjudian Jeju Shinhwa World di pulau peranginan Jeju.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar berkata, sehingga kini PDRM masih belum menerima permintaan rasmi daripada pihak berkuasa Korea Selatan bagi mengesan wanita yang bekerja sebagai eksekutif di kasino terbabit.

"Kami masih menunggu sekiranya polis Korea Selatan ingin memohon bantuan untuk mendapatkan maklumat berhubung kes itu dan sekiranya mereka sedang menjalankan siasatan serta mengesan wanita terbabit.

“Jika ada permohonan melalui saluran rasmi dan wanita berkenaan sah berada di negara ini, kita sedia membantu,” katanya kepada Bernama pada Khamis.

Media antarabangsa pada Khamis melaporkan pihak berkuasa menemukan timbunan wang bernilai beberapa bilion won di kediaman wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu yang kini menjadi suspek utama susulan kejadian kecurian di Kasino Landing di Jeju Shinhwa World, minggu lalu.

Laporan tersebut menyebut sebanyak 14.56 bilion (RM53.7 juta) dilaporkan hilang dari Kasino Landing di Jeju Shinhwa World itu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!