Isu Ijazah palsu: Kita belum tahu apa sebenar berlaku!

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

GEORGETOWN - Bersatu belum mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam isu pertikaian berhubung sijil akademik setiausaha agungnya, Datuk Marzuki Yahya yang dikatakan palsu.

Perkara itu disahkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui media selepas menghadiri Perhimpunan Perdana Perpaduan 2019 sempena menyambut Hari Perpaduan Pulau Pinang dan Ulangtahun ke 15 Majlis Perundingan Muhibah Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang tadi.

"Kita belum tahu apa yang sebenarnya berlaku," katanya.

Sebelum ini, dua laporan polis dibuat oleh aktivis politik, Muhsin Abdul Latheef berhubung dakwaan Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar memiliki ijazah sarjana muda palsu dari sebuah universiti luar negara.

Laporan itu juga dibuat selepas dakwaan program pengajian jarak jauh (PJJ) bagi kursus pentadbiran perniagaan yang diikuti oleh Marzuki itu tidak wujud di Universiti Cambridge.

Sehubungan itu, Marzuki dalam sebuah portal dilaporkan menjelaskan bahawa ijazah dalam pentadbiran perniagaan beliau adalah dari Universiti Antarabangsa Cambridge yang berpusat di Amerika Syarikat, dan bukan Universiti Cambridge di United Kingdom.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dakwaan beliau menipu berhubung kelulusan ijazah sarjana muda daripada Universiti Cambridge.

Marzuki juga dilaporkan berkata, beliau akan mengemukakan bukti pernah mengikuti kursus dalam bidang pentadbiran perniagaan di universiti berkenaan namun sehingga hari ini, tiada pendedahan dibuat oleh Pengerusi Bersatu Pulau Pinang itu.

Artikel Berkaitan: