TLDM terima LMS kedua dari China

Sundang mula dibina pada pada 23 Oktober 2018 di Wuchuan Shuangliu Manufacture Base, Wuhan.
Sundang mula dibina pada pada 23 Oktober 2018 di Wuchuan Shuangliu Manufacture Base, Wuhan.
A
A
A

SHAH ALAM - Penyerahan Fizikal Littoral Mission Ship (LMS) kedua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Sundang telah dilaksanakan dengan jayanya di Wuchuan Shipbuilding Industry Co Ltd Wucang Port, Qidong, Shanghai, China pada Khamis.

Menurut kenyataan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut, Kuala Lumpur pada Khamis, Jawatankuasa Penerimaan Akhir (JKPA) yang dianggotai seramai tiga orang wakil kerajaan dan diketuai oleh Kapten Abdul Hadi Tan Abdullah selaku Ketua Projek, Pasukan Projek LMS TLDM.

Katanya, Kapten Abdul Hadi telah melaksanakan pemeriksaan dokumentari, fizikal dan mengikuti pelayaran demonstrasi keupayaan kapal.

“Selesai pemeriksaan, upacara menandatangani Sijil Penerimaan Akhir dan Sijil Penyerahan Fizikal dijalankan sebagai simbolik kepada kejayaan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) menyerahkan kapal kepada Kerajaan Malaysia dan TLDM.

“Sundang mula dibina pada pada 23 Oktober 2018 di Wuchuan Shuangliu Manufacture Base, Wuhan dan seterusnya dilancarkan oleh Puan Sri Rusnah A Rahman isteri kepada bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke-20 pada 12 Julai 2019.

“Pada asalnya Sundang diserahkan kepada Kerajaan Malaysia pada 12 April 2020 dan ditukar kepada 14 Januari 2021 susulan penularan Covid-19 di seluruh dunia yang menyebabkan pembinaan Sundang terpaksa ditangguhkan pada 23 Januari 2020,” kata kenyataan tersebut.

Upacara menandatangani Sijil Penerimaan Akhir dan Sijil Penyerahan Fizikal di Qidong, Shanghai, China pada Khamis.
Upacara menandatangani Sijil Penerimaan Akhir dan Sijil Penyerahan Fizikal di Qidong, Shanghai, China pada Khamis.

Pada masa yang sama, menurutnya, projek tersebut diaktifkan pada 18 Mei 2020 dan Bakal Warga Kapal Sundang telah dihantar semula ke Qidong pada 16 Oktober 2020 bagi menyambung siri latihan penyesuaian kapal yang tertangguh.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, Sundang telah berjaya melepasi beberapa siri ujian penerimaan di pelabuhan dan ujian penerimaan di laut sebelum diserahkan kepada kerajaan

“Sundang dijadualkan belayar ke Malaysia pada minggu ketiga Januari 2021 dan ditauliahkan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu yang bakal disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany pada satu tarikh yang ditetapkan kelak.

“LMS merupakan salah satu daripada lima kelas kapal di dalam Program Transformasi Armada 15to5 TLDM.

"Kontrak perolehan empat buah LMS telah dimeterai di antara Kementerian Pertahan Malaysia dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) pada 23 Mac 2017 dengan kerjasama China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd (CSOC).

“Projek Perolehan ini merupakan Projek Perolehan aset pertahanan kapital yang pertama daripada negara China. Kapal ketiga dan keempat pula masing-masing dijadual diserahkan pada bulan September dan November ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: TLDM bakal terima kapal LMS keempat