X

Kindly register in order to view this article
!

SIC ambil pendekatan 'tunggu dan lihat'

Azhan Shafriman
A
A

KUALA LUMPUR -- Litar Antarabangsa Sepang (SIC) belum memuktamadkan kalendar perlumbaan sukan permotoran yang akan berlangsung di situ susulan penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, senarai kejohanan hanya akan diumum selepas PKP ditamatkan.

“Buat masa sekarang, semua aktiviti permotoran sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ditangguhkan ke tarikh baharu,” katanya pada sidang akhbar secara maya di sini pada Khamis.

Isnin lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah untuk tempoh 14 hari bermula 13 hingga 26 Januari.

Ditanya sama ada SIC akan melangsungkan kejohanan dengan konsep gelembung sukan jika PKP ditamatkan, Azhan Shafriman berkata, pihaknya tidak menolak penggunaan kaedah itu sekiranya dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

Azhan Shafriman berkata, bagi kejohanan antarabangsa, pihaknya mengambil pendekatan “tunggu dan lihat” perkembangan semasa Covid-19.

Semalam, Dorna Sports pemegang hak eksklusif iklan dan siaran televisyen MotoGP mengumumkan ujian musim sejuk Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 yang sepatutnya diadakan di SIC dari 19 hingga 21 Februari depan dibatalkan akibat pandemik Covid-19 di Malaysia. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!