Pasangan bernikah pakai baju kerja

Nurul Izatul selamat bergelar kepada Mohd Shah pada 13 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Sepang.
Nurul Izatul selamat bergelar kepada Mohd Shah pada 13 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Sepang.
A
A
A

SEPANG - Pasangan pengantin baharu mengambil keputusan meneruskan majlis pernikahan mereka sehari sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa secara ringkas, sekadar menyarung baju uniform kerja masing-masing.

Majlis yang berlangsung secara sederhana hanya dihadiri seramai enam ahli keluarga bagi kedua-dua belah pihak dan berlangsung selama 15 minit tanpa sebarang majlis kenduri.

Nurul Izatul Israq Abu Hashim, 29, berkata, dia dan suami, Mohd Shah Rezza ArbaeI, 34, merancang majlis pernikahan pada 1 Februari depan, namun terpaksa berubah fikiran setelah kerajaan melaksanakan PKP di Selangor.

"Bila dapat tahu Selangor laksana PKP, kami hubungi Pejabat Agama Islam Sepang dan bertanyakan urusan pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 1 Februari.

Mohd Shah menghadiahkan seutas gelang tangan kepada Nurul Izatul dalam acara pembatalan air sembahyang.

"Pihak terbabit ada memberi pilihan sama ada tunda dan segala urusan dokumen perlu dilakukan semula atau langsung pernikahan sebelum 13 Januari," katanya dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Susulan itu, mereka mengambil keputusan untuk melangsungkan pernikahan pada Rabu dengan mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

Artikel Berkaitan:

"Semua berlaku tanpa sebarang perancangan. Syukur, ibu bapa bersetuju. Waktu itu saya tengah bekerja, lalu terus ambil cuti kecemasan. Suami pula baru hendak pergi bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), terus ke pejabat agama.

"Alhamdulillah, dengan sekali lafaz berwalikan bapa, Abu Hashim Ahmad, tepat jam 3.30 petang, saya sudah bergelar isteri kepada Mohd Shah.

"Ya, saya nikah guna baju kerja. Begitu juga dengan suami kerana waktu itu tidak sempat untuk memikirkan baju pengantin," katanya.

Nurul Izatul yang bekerja di sebuah pusat beli belah di Taman Eguine berkata, walaupun majlis akad nikah mereka tidak meriah seperti pasangan lain, namun dia bersyukur urusan dipermudahkan dan selamat bernikah.

"Walaupun nampak ringkas, sebenarnya ia dapat membuka mata ramai pihak bila bercakap soal pernikahan. Ambil yang wajib sahaja, kerana Islam itu mudah.

Nurul Izatul (tiga dari kanan) bersama suami dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak sewaktu majlis pertunangan pada Disember lalu.
Nurul Izatul (tiga dari kanan) bersama suami dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak sewaktu majlis pertunangan pada Disember lalu.

"Tarikh baharu majlis resepsi kami selepas ini belum diputuskan memandangkan wabak Covid-19 belum reda lagi. Mungkin akan ditetapkan selepas ini,” katanya hari bersejarah itu akan dikenang sehingga akhir hayat.

Anak sulung dari tiga beradik itu berkata, majlis pertunangan telah berlangsung pada Disember lalu selepas hampir sembilan bulan berkenalan di sebuah aplikasi sosial iaitu Omi Chat.

PAUTAN FACEBOOK: https://www.facebook.com/izatul.israq/posts/3877995138899978