X

Kindly register in order to view this article
!

Kes Covid-19 di Indonesia lepasi angka 11,000 dua hari berturut-turut

Jumlah keseluruhan kematian di Indonesia kini sebanyak 25,246 orang, selepas merekodkan 295 lagi kematian dalam tempoh 24 jam. - Antara Foto
A
A

JAKARTA - Indonesia mencatatkan kes baharu Covid-19 melepasi angka 11,000 untuk tempoh dua hari berturut-turut, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 869,600 kes.

Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, covid19.go.id. pada Khamis kes positif baharu Covid-19 di republik itu direkodkan tertinggi setakat ini iaitu 11,557 kes, selepas mencatatkan 11,278 kes pada Rabu.

Jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini sebanyak 25,246 orang, selepas merekodkan 295 lagi kematian dalam tempoh 24 jam.

Provinsi Jakarta kekal provinsi tertinggi jangkitan virus itu iaitu 217,893 kes selepas mencatatkan 3,165 kes baharu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!