Azman Adam Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP baharu

Alexander memakai pangkat Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP kepada Azman di kementeriannya pada Khamis.
Alexander memakai pangkat Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP kepada Azman di kementeriannya pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kekosongan jawatan Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diisi Azman Adam selepas penyandang sebelumnya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman bersara wajib pada Disember lalu.

Perkara itu diumumkan oleh Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataannya pada Khamis.

Menurutnya, Azman, 50, sebelum ini sebagai sebagai Timbalan Pengarah Pencegahan menyandang jawatan baharu itu bermula 5 Januari.

"Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak 28 tahun lalu sebagai penolong pegawai penguat kuasa Gred N27 sehingga tahun 2000," katanya.

Beliau berkata, Azman diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Sarawak selama empat tahun bermula tahun 2000 dan seterusnya bertugas di Pejabat KPDNHEP Terengganu selepas dinaikkan pangkat pada 2004.

"Pengalaman beliau di dalam bidang penguat kuasa amat luas dengan memikul pelbagai tanggungjawab di beberapa negeri seperti Ketua Pegawai Penguatkuasa Selangor sebelum berkhidmat di Ibu Pejabat Putrajaya sebagai Timbalan Pengarah Pencegahan.

"Beliau memiliki pengalaman yang luas lagi holistik dan mempunyai daya kepimpinan yang terbukti terutamanya dalam bidang penguatkuasaan," katanya.

Alexander berkata, sepanjang tempoh perkhidmatannya, Azman pernah menerima anugerah High Performance Award, Maybank Finance Berhad pada 1992 sebelum menerima lima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPDNHEP pada tahun 1998, 2005, 2007, 2009 dan 2011.

Artikel Berkaitan:

"Saya dan warga kementerian memberi sokongan dan kepercayaan sepenuhnya kepada Azman untuk menggalas amanah dan jawatan yang baharu ini.

"Saya yakin beliau penuh bersiap siaga dan berupaya menyelia pematuhan perundangan di bawah KPDNHEP dalam kalangan peniaga dan prihatin melindungi kepentingan pengguna," katanya.