PKPB: Aktiviti di masjid, surau dibenarkan di Terengganu

Aktiviti solat fardu berjemaah dan solat Jumaat di masjid dan surau termasuk aktiviti kuliah harian dibenarkan dengan mematuhi SOP.
Aktiviti solat fardu berjemaah dan solat Jumaat di masjid dan surau termasuk aktiviti kuliah harian dibenarkan dengan mematuhi SOP.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau di Terengganu dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Rabu hingga 26 Januari depan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda berkata, kebenaran itu diberikan dengan mengambil kira pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata, keputusan itu juga sudah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin serta mendapat pandangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).

"Aktiviti solat fardu berjemaah dan solat Jumaat di masjid dan surau termasuk aktiviti kuliah harian dibenarkan dengan mematuhi SOP," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, jawatankuasa masjid dan surau bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan pengurusan solat di surau dan masjid berjalan lancar.

"Jawatankuasa masjid dan surau yang gagal mematuhi SOP dan arahan ditetapkan akan diambil tindakan termasuk menutup masjid berkenaan. Justeru, semua pegawai agama daerah diarahkan membuat pemantauan bagi memastikan semua masjid dan surau mematuhi syarat ditetapkan," katanya.

Osman berkata, sebarang perubahan tertakluk atas arahan pihak berkuasa dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan: