Kalau dia jodoh saya: Ardell Aryana

No Image Caption
A
A
A

PELAKON, Ardell Aryana tidak menolak andai ditakdirkan berjodoh dengan sahabat baiknya juga merupakan seorang pelakon, Nadzmi Adhwa.

Menurut Ardell, mereka sememangnya akrab sejak Adhwa menuntut di universiti, malah ahli keluarga juga saling mengenali.

No Image Caption

“Ahli keluarga kami memang rapat, dari dia (Adhwa) ada kekasih sehinggalah solo. Kalau dialah jodoh yang ditentukan ALLAH, saya terima.

“Jika tidak tak apa, kerana kami tidak memikirkan sangat soal siapa jodoh kami. Cuma berharap kami berdua saling bahagia.

“Hubungan kami akrab sejak sejak dia di universiti lagi. Mula berkawan di media sosial, malah adik dia berkawan dengan saya masa main bola,” jelasnya enggan menerima pasangan yang mahukan dirinya kerana atas dasar simpati.

Dalam perkembangan lakonan, Ardell bakal muncul membintangi sebuah telefilem, Khutbah Terakhir tahun ini selaku watak utama.

Artikel Berkaitan: