Mangsa penumpang pertama SJ182 dikebumikan

Aldha (dua dari kiri) menabur bunga di atas pusara suaminya ketika upacara pengebumian di Jakarta pada Khamis. - Foto AFP
Aldha (dua dari kiri) menabur bunga di atas pusara suaminya ketika upacara pengebumian di Jakarta pada Khamis. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan di ibu negara Indonesia pada Khamis ketika pengebumian kru penerbangan yang merupakan salah seorang mangsa daripada 62 penumpang pesawat Sriwijaya Air, SJ182 yang terhempas di Pulau Laki di Kepulauan Seribu pada Sabtu lalu.

Okky Bisma, 29, menjadi mangsa penumpang pertama yang dikenal pasti setelah pemeriksaan cap jarinya sepadan dengan pangkalan data identiti kerajaan.

Isteri mangsa, Aldha Refa turut mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat memeluk erat potret suaminya sepanjang pengebumian itu berlangsung.

"Rehatlah dengan tenang wahai sayangku. Tungguku di syurga. Terima kasih kerana menjadi suami yang sempurna selama ini," kata wanita itu yang juga bertugas sebagai pembantu penerbangan menerusi mesej dikongsi di media sosial.

Difahamkan, seramai lima mangsa penumpang lain juga telah dikenal pasti berdasarkan cebisan tubuh yang dikumpulkan sejak akhir minggu lalu.

Dalam perkembangan lain, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula untuk menjejaki kotak hitam kedua pesawat Boeing 737 tersebut.

Hampir 270 penyelam terlibat dalam usaha tersebut yang terpaksa ditangguhkan pada Rabu berikutan keadaan cuaca buruk.

"Kita tidak hanya menjejaki perakam suara kokpit malah mayat mangsa dan serpihan pesawat juga menjadi keutamaan misi pada hari ini," kata Pengarah Operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Rasman MS. - AFP

Artikel Berkaitan: