Dua lelaki termasuk 'Datuk' insiden pukul pelanggan ditahan

Rakaman mangsa dipukul di sebuah restoran tular di media sosial.
Rakaman mangsa dipukul di sebuah restoran tular di media sosial.
A
A
A

PETALING JAYA - Dua individu termasuk seorang lelaki yang dipercayai bergelar Datuk telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pukul seorang pengurus di sebuah restoran di Tropicana Avenue di sini Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah menahan dua lelaki berusia 39 dan 42 tahun itu pada jam 9 malam.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipukul kerana menegur suspek yang duduk di meja bersebelahan kerana bercakap dalam nada suara yang tinggi," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Fadzil memaklumkan permohonan reman akan dibuat untuk menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek bagi mengenalpasti latar belakang dan aktiviti mereka sama ada terlibat dalam kongsi gelap atau sebagainya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323, 503 dan 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, satu video berdurasi 29 saat menunjukkan suspek memukul seorang lelaki di restoran berkenaan tular di media sosial sejak Selasa.

Artikel Berkaitan: