X

Kindly register in order to view this article
!

Srinagar rekod suhu terendah dalam tempoh 25 tahun

Tasik Dal membeku gara-gara suhu paling ekstrem direkodkan. - Foto India Today
A
A

SRINAGAR - Daerah Srinagar di Kashmir, India mengalami cuaca paling ekstrem dengan merekodkan suhu -8.4 darjah Celsius pada Khamis sekali gus menjadikan suhu terendah dalam tempoh 25 tahun.

Pada tahun 1991, bandar ini pernah mencatatkan rekod -11.3 darjah Celsius, lapor India Today.

"Kerana suhu terlampau sejuk, penduduk tinggal di bandar terpaksa berdepan dengan air beku dan jalan licin.

"Ini adalah fasa musim sejuk yang sangat sejuk tahun ini,” kata seorang pegawai Meteorologi di Srinagar.

Kawasan lain di Lembah Kashir juga melaporkan masalah serupa kerana suhu berada pada paras beku.

Lembah Kashmir adalah destinasi pelancongan popular bagi pelancong tempatan dan asing. Antara tempat-tempat pelancongan yang popular adalah Gulmarg yang mempunyai resort ski, Tasik Dal yang mempunyai rumah bot popular, Pahalgam dan Kuil Amarnath.

Mereka yang bekerja atau tinggal di rumah bot di Tasik Dal terpaksa memecahkan ais tasik untuk menggerakkan bot.

Bagi penduduk tempatan, suhu itu menyebabkan kesukaran buat mereka untuk mendapatkan bekalan air selain paip air rosak.

“Ketika kami bangun, semuanya beku. Paip air retak di beberapa tempat," kata penduduk, Rameez Ahmad.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!