Kantoi sembunyi syabu dalam kotak rokok

Kotak rokok yang digunakan untuk menyembunyikan syabu seberat 0.5 gram.
Kotak rokok yang digunakan untuk menyembunyikan syabu seberat 0.5 gram.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Cubaan seorang lelaki menyembunyikan syabu seberat 0.5 gram dalam kotak rokok gagal apabila ditahan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan di Jalan Kampung Gabus pada Khamis.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan ketika memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Harrier pada jam 12.40 tengah malam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa melakukan rondaan anggotanya telah terserempak dengan sebuah kenderaan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Banggol Kulim.

"Ketika anggota PGA cuba menghampiri kenderaan tersebut, lelaki itu telah bertindak memecut laju namun dia berjaya ditahan di Jalan Kampung Gabus.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan ketika memandu kenderaan jenis Toyota Herrier pada jam 12.40 tengah malam.
Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan ketika memandu kenderaan jenis Toyota Herrier pada jam 12.40 tengah malam.

"Pemeriksaan ke atas kenderaan itu telah menjumpai sekotak rokok yang mengandungi satu peket plastik lutsinar berisi ketulan kecil kristal disyaki dadah jenis syabu," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Azhari berkata, saringan awal air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

"Kes disiasat bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: