X

Kindly register in order to view this article
!

Guan Eng hadir ke IPDTL beri keterangan

Guan Eng hadir ke IPDTL pada Khamis bagi merakamkan percakapan berkaitan dua kenyataan medianya yang dibuat pada 2019.
A
A

GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di sini petang Khamis bagi merakamkan keterangan berkaitan dua kenyataan media yang dibuatnya pada 2019.

Beliau diiringi dua peguamnya, RSN Rayer dan Ramkarpal Singh.

Ramkarpal berkata, Ahli Parlimen Bagan itu tiba di IPDTL di Jalan Patani di sini pada jam 2.30 petang.

"Guan Eng sedang diambil keterangannya sekarang.

"Ya, berkenaan dengan dua kenyataan media yang dibuat oleh beliau pada 2019," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, proses mengambil keterangan tersebut melibatkan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Terdahulu, polis telah membatalkan merakam keterangan Guan Eng yang dijadualkan pada 24 Disember tahun lalu.

Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan dalam kenyataannya berkata, beliau dimaklumkan peguamnya, Gobind Singh Deo bahawa polis akan menetapkan tarikh baharu untuk tujuan itu pada tahun depan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah memohon maaf kepadanya terhadap kekhilafan yang dilakukan pegawai polis berkenaan.

Guan Eng bagaimanapun tidak mendedahkan butiran kenyataan yang akan disiasat oleh polis itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis batal sesi merakam kenyataan Lim Guan Eng


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!