Felda peroleh 22 juta saham FGV daripada pasaran terbuka

Felda
Felda
A
A
A

[DIKEMASKINI] Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memperoleh 22 juta saham FGV Holdings Bhd di pasaran terbuka dengan harga RM28.38 juta pada Rabu.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) penasihat utama kepada Felda bagi pengambilalihan tawaran saham FGV berkata, saham berkenaan diperoleh dengan harga RM1.29 sesaham.

Pada 12 Januari, Felda mengeluarkan dokumen berkaitan tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat bagi baki saham di FGV yang tidak dimilikinya, kecuali saham perbendaharaan.

Tawaran RM1.30 sesaham akan dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang, 2 Februari melainkan dilanjutkan atau disemak semula dengan satu pengumuman akan dibuat oleh Maybank IB dua hari sebelum tarikh tutup.

Pada 8 Disember, Felda yang telah pun mempunyai 21.24 peratus saham dalam FGV, meningkatkan pegangannya dalam syarikat itu kepada 35.12 peratus.

Sebanyak 13.88 peratus saham telah diperoleh daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (6.1 peratus) dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (7.78 peratus).

Saham FGV jatuh 0.01 sen kepada RM1.28 pada tengah hari Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan: