DBKL laksana pembaharuan Kuala Lumpur sebagai kota maju

DBKL akan melaksanakan pembaharuan semula Kuala Lumpur ke arah menjadikannya sebuah ibu kota yang maju, menarik dan kondusif.
DBKL akan melaksanakan pembaharuan semula Kuala Lumpur ke arah menjadikannya sebuah ibu kota yang maju, menarik dan kondusif.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan pembaharuan semula Kuala Lumpur ke arah menjadikannya sebuah ibu kota yang maju, menarik dan kondusif.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, penumpuan akan diberikan di kawasan brownfields dan greyfields termasuk kawasan yang masih terdapat bangunan dan kediaman usang.

"Setakat ini kira-kira 30 lokasi sudah dikenal pasti melibatkan perumahan awam dan swasta," katanya menerusi perkongsian di Facebooknya pada Khamis.

Beliau berkata, program tersebut akan dilaksanakan secara komprehensif dan holistik ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebuah kota yang indah dan selesa dihuni bersesuaian dengan kedudukan sebagai ibu negara.

"Pelaksanaannya akan mengikut garis panduan pelan struktur dan pelan tempatan Kuala Lumpur yang berkuat kuasa.

"Saya yakin program ini akan menjadikan Kuala Lumpur lokasi yang kondusif dan bardaya huni. Ia juga akan membuka lebih banyak peluang golongan B40 mendapat rumah yang selesa," katanya.

Artikel Berkaitan: