Pusat jagaan tidak beroperasi jadi pusat transit geladangan

Nicole (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada 20 keluarga di Lorong Jawa, Seremban.
Nicole (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada 20 keluarga di Lorong Jawa, Seremban.
A
A
A

SEREMBAN - Sebuah pusat jagaan yang tidak lagi beroperasi di sini akan dijadikan sebagai Pusat Transit Gelandangan bagi golongan itu di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, ia bagi menggantikan cadangan sebelum ini yang akan mewujudkan pusat berkenaan di dua unit rumah banglo dua tingkat di Seremban.

"Rumah banglo berkenaan tidak mempunyai Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) sekali gus menyukarkan pihak kerajaan negeri untuk menempatkan gelandangan di situ.

"Jadi kita memutuskan untuk mencari alternatif lain bagi menggantikan cadangan asal dengan memilih salah satu daripada tiga pusat jagaan yang telah dikenal pasti di Seremban. Pemilihan pusat jagaan itu akan diputuskan dalam mesyuarat pada Jumaat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 20 keluarga di Lorong Jawa, di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Nicole berkata, pusat jagaan itu boleh memuatkan seramai 20 gelandangan pada satu-satu masa dan dijangka beroperasi pada awal bulan depan dengan melibatkan dana RM500,000 bagi tujuan tersebut.

Katanya, selain itu, golongan ini juga akan dibantu bagi mendapatkan mereka pekerjaan dengan kerjasama beberapa pihak dan agensi pekerjaan.

“Kita turut menerima maklum balas daripada beberapa restoran di Seremban yang menawarkan pekerjaan kepada gelandangan termasuk menyediakan kemudahan tempat tinggal dengan gaji minimum sebanyak RM1,500," katanya.

Artikel Berkaitan: