45 kompaun dikeluarkan hari pertama PKPB di Kelantan

Sebanyak 45 kompaun dikeluarkan atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada hari pertama perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kelantan. Gambar kecil: Shafien Mamat
Sebanyak 45 kompaun dikeluarkan atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada hari pertama perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kelantan. Gambar kecil: Shafien Mamat
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengeluarkan 45 kompaun ke atas individu yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negeri itu sepanjang hari pertama perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Rabu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kompaun tersebut dikeluarkan hasil pemantauan yang dilakukan ke atas 1,333 premis di seluruh negeri.

"Antara premis yang kita telah periksa ialah pasar raya dan restoran (792), terminal pengangkutan awam (42), kenderaan (291), pasar awam dan tani (76), tempat ibadah (94), riadah (37) serta tapak pembinaan (1)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, kegagalan pemakai pelitup separuh muka menjadi kesalahan tertinggi yang direkodkan iaitu 36 kes, diikuti tidak mendaftar nama menerusi aplikasi MySejahtera (6), dan selebihnya ialah gagal mencatat nama dalam buku pendaftaran pelanggan.

Katanya, sebanyak 2,333 buah kenderaan telah diperiksa di empat sekatan jalan raya (SJR) di negeri ini melibatkan kawasan di hadapan Balai Polis Bukit Yong, Pasir Puteh, dua di Gua Musang iaitu menghala ke Lojing serta Kuala Lipis dan Jeli.

"Sepanjang tempoh itu sebanyak 50 buah kenderaan telah diarahkan berpatah balik semula kerana pemandu kenderaan tidak mempunyai surat kebenaran untuk rentas negeri selain gagal mengemukakan alasan munasabah," katanya.

Artikel Berkaitan: