DBKL turunkan 518,644 iklan haram sekitar Kuala Lumpur

Jumlah penurunan iklan haram di Kuala Lumpur sepanjang tahun 2020.
Jumlah penurunan iklan haram di Kuala Lumpur sepanjang tahun 2020.
A
A
A
SHAH ALAM - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan sebanyak 518,644 iklan haram sekitar Kuala Lumpur sepanjang tahun 2020.

DBKL menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis berkata, kawasan Cheras mencatatkan jumlah penurunan iklan haram tertinggi iaitu sebanyak 102,913 iklan haram, diikuti Bandar Tun Razak 73,664 iklan, Batu 68,421 iklan dan Seputeh 65,040 iklan haram.

Jumlah penurunan iklan haram di Kepong pula adalah sebanyak 52,059, diikuti Wangsa Maju 48,803 iklan, Titiwangsa 28,501 iklan, Lembah Pantai 26,609 iklan, Setiawangsa 20,219 iklan, Segambut 19,959 iklan, dan Bukti Bintang 12,456 iklan.

“Tindakan penurunan iklan-iklan haram ini dilaksanakan melalui 11 Pejabat-Pejabat Cawangan DBKL. Ia akan diteruskan dari masa ke masa,” katanya pada Khamis.
Artikel Berkaitan: