X

Kindly register in order to view this article
!

Dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan 1 ingkar SOP tidak benar

Kenyataan akhbar oleh Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan 1, pada Rabu. Dr Noor Azmi Ghazali. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A

SHAH ALAM - Dakwaan yang mengatakan Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Rabu adalah tidak benar.

Menerusi satu kenyataan pada Rabu, Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan 1 memaklumkan bahawa gambar yang menunjukkan kunjungan sekumpulan individu di pejabat Noor Azmi itu berlaku sehari sebelum pelaksanaan PKP.

“Kedua-dua artikel dari portal itu mendakwa YB Timbalan Menteri Kesihatan 1 menerima kunjungan sekumpulan individu di pejabatnya dan mendakwa telah melanggar PKP yang dilaksanakan pada 13 Januari 2021 iaitu hari ini.

“Tulisan dan dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua portal tersebut adalah tidak benar sama sekali. Gambar kunjungan tersebut adalah pada 12 Januari 2021 iaitu sehari sebelum perlaksanaan PKP diadakan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, kenyataan tersebut meminta agar portal terbabit menarik balik tuduhan, dakwaan dan maklumat tidak benar yang disiarkan dengan segera.

Menurutnya, dakwaan sedemikian yang tidak benar itu boleh memberikan persepsi buruk masyarakat terhadap Menteri dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada Rabu, beberapa portal media tempatan melaporkan bahawa Noor Azmi disyaki telah mengingkari SOP apabila beberapa gambar yang dimuat naik di Facebooknya menunjukkan beliau menerima kunjungan tetamu di pejabatnya di Putrajaya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!