Amaran ribut petir di Selangor, Sarawak dan Sabah

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah di Selangor, Sabah dan Sarawak.
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah di Selangor, Sabah dan Sarawak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

Dalam kenyataan pada Khamis, MetMalaysia memaklumkan keadaan sama juga berlaku di Miri (Marudi) dan Limbang di Sarawak.

Bahagian pedalaman di Sabah melibatkan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort turut mengalami keadaan cuaca yang sama manakala amaran ribut petir di Labuan pula adalah sehingga jam 9 pagi ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: