X

Kindly register in order to view this article
!

PKP: 15 sektor dibenarkan beroperasi di pusat beli-belah

Pembukaan sektor perniagaan dan perdagangan yang dibenarkan beroperasi di pusat membeli belah semasa PKP adalah tertakluk kepada sektor yang dikeluarkan oleh KPDNHEP. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Pembukaan sektor perniagaan dan perdagangan yang dibenarkan beroperasi di pusat membeli belah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tertakluk kepada sektor yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Presiden Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK), Tan Sri Teo Chiang Kok berkata, 15 sektor yang dibenarkan beroperasi itu membabitkan, pasar raya atau pasar raya besar, 'departmental store', farmasi atau penjagaan diri, kedai serbaneka atau pasar mini, dobi (tidak termasuk layan diri), restoran (bawa pulang dan penghantaran) dan kedai perabot.

Katanya, turut dibenarkan beroperasi ialah kedai emas, kedai elektrik dan elektronik, kedai buku dan alat tulis, kedai perkakas, makanan haiwan, bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti, pusat pengedaran dan jualan kereta serta kedai runcit pengkhususan lain seperti di stesen minyak.

“PPK sentiasa konsisten dalam cadangannya kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya membenarkan operasi semua jenis perniagaan dengan pematuhan amalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Kenyataan akhbar oleh Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK) pada Rabu.
Kenyataan akhbar oleh Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK) pada Rabu.

Pada masa sama, Chaing Kok meminta semua pengusaha untuk sentiasa peka terhadap sebarang perubahan dan perkembangan yang berkaitan dengan perniagaan mereka.

Katanya, pengusaha yang memiliki sebarang pertanyaan berhubung perkara tersebut boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian: 03-8882 5881/ 5903 atau emel ke [email protected]

Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP di enam negeri iaitu, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah yang akan berkuatkuasa pada 13 Januari 2021.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!