Dr Noor Hisham, Khairul Adib dahului senarai penerima pingat

Dr Noor Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada Rabu. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman mendahului senarai 272 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-73 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Khamis.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik berkata, kedua-dua mereka akan menerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Beliau selain itu berkata, Exco Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan, Ismail Ahmad dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Bakri Sawir pula akan menerima Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk.

"Empat lagi individu akan menerima Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Pakar Perunding Bedah Kardiotorasik dan Jantung Kongenital, Datuk Dr Hamdan Leman; Penasihat Undang-Undang Kumpulan YTL Corporation Berhad, Datin Kathleen Chew Wai Lin; Pengarah Syarikat MRA Consultants Sdn Bhd, Tengku Mu'adzam Sadruddin Tengku Noone Aziz dan Pakar Kardiologi, Datuk Dr Tamil Selvan Muthusamy," katanya.

Selain itu, beliau berkata, seramai 20 lagi akan menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang juga membawa gelaran Datuk iaitu Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Che Zakaria Othman; bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Ean Yong Tin Sin; ADUN Chuah, Yek Diew Ching dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Mohd Zaidi Ramli.

Razali
Razali

Beliau berkata, turut menjadi penerima DBNS ialah bekas Ketua Pengarah Perancangan Strategik Marks Angkatan Tentera Malaysia Ketiga, Briged Jeneral (B) Abdul Aziz Ahmad; bekas Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Faridah Ishak; Pengarah Urusan IJM Land Berhad, Edward Chong Sin Kiat; Peguam, Gobi Velusamy dan Presiden Kibing Group Malaysia, Lim Swee Ee.

"Individu lain ialah bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, Ir Masri Baharuddin; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Masri Razali; aktivis masyarakat, MK Ibrahim Abd Rahman dan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Mohamed Ridza Wahiddin.

Artikel Berkaitan:

"Seterusnya bekas Pengarah Semboyan Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Briged Jeneral (B) Mohd Rashid Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Muhamad Nahar Mohd Sidek; Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan, Nor Azmi Musa; Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Norman Mohd Saleh dan arkitek, Datuk Ar Norman Selamat," katanya di sini pada Rabu.

Razali berkata, seramai 13 individu akan menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS), selain seorang menerima Darjah Tuanku Muhriz (DTM), 11 penerima Darjah Pekerti Terpilih (DPT), 36 penerima Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS), tiga penerima Setiawan Tuanku Muhriz (STM), 55 penerima Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC),107 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 12 penerima Bentara Tuanku Muhriz (BTM) dan enam penerima Pingat Khidmat Lama (PKL).