TDM bina jambatan hubung semula lokasi terjejas akibat banjir

Anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja melaksanakan pemasangan Jambatan Compact Bailey 200 di Kampung Belimbing, Maran.
Anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja melaksanakan pemasangan Jambatan Compact Bailey 200 di Kampung Belimbing, Maran.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan 91 Rejimen Bantuan, Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 RAJD) dan 2 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (2 Skn RAJD) pada Selasa membina semula Jambatan Compact Bailey 200 di Kampung Belimbing, Maran, Pahang yang runtuh akibat banjir baru-baru ini.

Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi satu kenyataan berkata, pembinaan jambatan itu dibuat bagi menghubungkan semula tiga lokasi yang terjejas.

"Jambatan Compact Bailey 200 ini dibina bagi menghubungkan Kampung Belimbing dengan Kampung Serengkam, Sri Makmur dan Sri Jaya disebabkan struktur jambatan asal telah runtuh akibat hakisan arus sungai yang deras.

"Pembinaan jambatan ini sekali gus memberikan manfaat kepada lebih 2,600 penduduk yang terjejas," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

No Image Caption

Beliau berkata, pembinaan itu merupakan jambatan yang kedua dibina oleh TDM di Pahang selepas jambatan pertama siap dibina di Kampung Lechar, Ulu Dong, Raub pada 9 Januari lalu,

"Keperluan pembinaan tersebut telah dikoordinasikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma). Proses ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Proses pemasangan jambatan melibatkan keanggotaan seramai kira-kira 115 pegawai dan anggota TDM diketuai oleh Pegawai Memerintah 91 RAJD, Kolonel Muhammad Zamri Musa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, keseluruhan proses pemasangan jambatan ini dijangka siap sepenuhnya pada Khamis.

No Image Caption

"TDM telah membuat persediaan dan persiapan rapi untuk memberi bantuan kepada mana-mana kawasan yang terjejas akibat banjir.

"TDM juga akan sentiasa bersiap sedia dan memantau perkembangan banjir yang melanda serta bekerjasama dengan agensi-agensi penyelamat di seluruh Malaysia melalui pelaksanaan Ops Murni," katanya.