Mengapa begitu sukar untuk move on?

No Image Caption
A
A
A

TIDAK sampai 24 jam menjalani pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi menangani gelombang ketiga Covid-19, banyak status yang dimuat naik oleh netizen berbaur marah dan kecewa.

Tidak kurang juga yang menzahirkan kemarahan pada ruangan komen media sosial Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Mengapa sampai begitu sekali? Dalam ciapan terbaharu di Twitternya, Dr Noor Hisham merayu kepada rakyat Malaysia untuk tinggal di rumah dan jangan ke mana-mana sepanjang tempoh dua minggu PKP.

Ramai yang meluahkan mereka sukar mencari wang apabila PKP dikuatkuasakan. Mungkin pada peringkat awal, ramai golongan peniaga rasa terjejas akibat PKP namun mereka berubah pantas dengan mengubah mekanisme perniagaan dengan menggunakan keadah online ataupun personal shopper.

Sebenarnya, apabila Merak Jalanan meneliti komen-komen netizen itu, barulah Merak Jalanan perasan, mereka yang terjejas ini terdiri daripada mereka yang bekerja ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Patutlah amarah mereka tidak dapat dibendung lagi, namun bebanan ini tidak patut diletakkan pada satu pihak sahaja. Pihak kerajaan perlu lebih proaktif.

Golongan yang perlu dibantu, harus segera dibantu dengan menyediakan seberapa banyak alternatif yang ada. Pemimpin masyarakat daripada ketua lorong di taman sehinggalah YB di Parlimen dan DUN juga perlu main peranan.

Takkanlah semua bebanan itu perlu diletakkan di bahu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang sahaja.

Artikel Berkaitan:

Berbalik kepada persoalan awal, mengapa begitu sukar untuk ‘move on’?

Ada yang beritahu kepada Merak Jalanan, dari tadika hingga ke universiti, kita hanya diajar untuk mengingati dan menghafal namun bukan melupakan.