MSU terus jalin kerjasama dengan JPS

Sukarelawan merakamkan gambar bersama tetamu kehormat yang hadir sewaktu pelancaran Program MSU Sungai Damansara National River Trail Project baru-baru ini.
Sukarelawan merakamkan gambar bersama tetamu kehormat yang hadir sewaktu pelancaran Program MSU Sungai Damansara National River Trail Project baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Jalinan kerjasama antara Management and Science University (MSU) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang dimeterai menerusi perjanjian persefahaman (MoU) pada Ogos tahun lalu diteruskan menerusi pelancaran Program MSU Sungai Damansara National River Trail Project baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan, MSU berkata, program berkenaan merupakan projek pilot dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan alam sekitar yang dirancang sepanjang denai Sungai Damansara.

Katanya, sebagai permulaan, sebanyak 15 projek pembangunan bakal dilaksanakan dalam tempoh setahun meliputi laluan joging, laluan rekreasi masyarakat, projek keusahawanan dan tanaman tumbuhan perubatan serta pelbagai lagi.

"Program ini melibatkan penyertaan pelbagai komuniti termasuk pensyarah, pelajar dan masyarakat setempat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Hadir sama sewaktu pelancaran program berkenaan adalah Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang dan Presiden MSU, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid serta beberapa tetamu kehormat lain.

Menerusi pelancaran program itu, seramai kira-kira 300 sukarelawan terdiri daripada kakitangan MSU, KASA, JPS, pelajar dan alumni telah turut serta dalam aktiviti gotong-royong pembersihan Sungai Damansara.

Artikel Berkaitan: