X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada penurunan jumlah kenderaan di Pulau Pinang

Tiada pengurangan jumlah kenderaan yang ketara pada hari pertama PKP dilaksanakan di Pulau Pinang.
A
A

GEORGETOWN - Jumlah kenderaan di negeri ini menunjukkan tiada penurunan ketara walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula pada Rabu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abdul Manan berkata, jumlah kenderaan di jalan raya masih tinggi terutamanya pada waktu puncak iaitu ketika orang ramai pulang dan pergi ke tempat kerja.

Menurutnya, ia berikutan aktiviti ekonomi adalah dibenarkan berbanding ketika PKP yang pertama dilaksanakan pada Mac tahun lalu.

"Memang benar kenderaan masih banyak di jalan raya terutamanya ketika waktu puncak. Bagaimanapun, pada waktu tengah hari, kita mendapati jumlah kenderaan kurang sedikit berbanding hari biasa.

Polis Pulau Pinang menjalankan 44 SJR di seluruh negeri sehingga 26 Januari ini.
Polis Pulau Pinang menjalankan 44 SJR di seluruh negeri sehingga 26 Januari ini.

"Selain di jalan raya, jumlah pengunjung di pasar basah tidak menunjukkan penurunan yang ketara. Nasihat saya kepada semua penduduk Pulau Pinang agar duduk di rumah dan jangan keluar jika tiada keperluan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Polis Pulau Pinang menjalankan 44 sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negeri ini sepanjang dua minggu pelaksanaan PKP bermula Rabu hingga 26 Januari ini.

Selain daripada sekatan jalan raya, polis juga akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk melakukan pemantauan dalam memastikan pematuhan sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP).

Seramai 2,690 pegawai dan anggota terlibat dan ia bergantung kepada keadaan semasa selain dibantu oleh tentera, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!