X

Kindly register in order to view this article
!

253 individu ditahan ingkar PKP: Ismail Sabri

Ismail Sabri - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Seramai 252 individu telah dikompaun manakala seorang direman atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua yang ditahan itu membabitkan pelbagai kesalahan dengan tidak memakai pelitup muka merekodkan kesalahan tertinggi dalam operasi itu.

"Antara kesalahan ingkar arahan SOP itu termasuk tidak memakai pelitup muka (115) dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (88).

"Selain itu, premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (23), aktiviti pusat hiburan (16) dan gagal mematuhi arahan penjarakkan fizikal (11)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memberitahu, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 47,237 pemeriksaan pada Selasa bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKPP.

"Hari ini (Rabu) merupakan hari pertama PKP dilaksanakan di enam buah negeri iaitu Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Selangor, Pulau Pinang dan Sabah.

"Selain PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) turut dilaksanakan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan Terengganu dan Pahang, manakala Sarawak dan Perlis dilaksanakan PKPP," katanya.

Katanya, sejajar dengan pelaksanaan perintah itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri, mematuhi SOP, sentiasa mengamalkan kawalan kendiri serta mengikuti arahan dikeluarkan pihak berkuasa.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!