18 pendatang asing dan tiga tekong ditahan

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 18 pendatang tanpa izin (PATI) dan tiga orang tekong ditahan menerusi Operasi Benteng pada Selasa dalam usaha menyekat penularan wabak Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak berkuasa turut merampas tujuh kenderaan darat dalam operasi berkenaan.

"Operasi Benteng yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (Aksem) mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan.

"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutama di lorong-lorong tikus," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, secara keseluruhan sebanyak 111 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan di negara ini pada Selasa membabitkan tiga pecahan.

Beliau berkata, tiga pecahan itu ialah Ops Penawar, Ops Benteng PDRM dan Ops Benteng Aksem.

Pada Selasa, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) selama 14 hari bermula Rabu di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Artikel Berkaitan: