Peminjam PTPTN bayar RM40 mulai 1 Januari 2019

Maszlee ditemui media di luar lobi Parlimen, hari ini.
Maszlee ditemui media di luar lobi Parlimen, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Potongan gaji peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan RM2,000 akan bermula 1 Januari 2019.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, buat masa ini jalan terbaik yang dapat ditawarkan kerajaan ialah potongan serendah RM40 bagi peminjam bergaji RM2,000.

"Kerajaan PH dalam usaha untuk tunaikan janji manifesto tapi buat masa ini cuma boleh letakkan kadar gaji RM2,000 dengan permulaan potongan pembayaran RM40.

"Jumlah ini akan meningkat berdasarkan pendapatan, kita akan usaha, kalau kewangan kerajaan dah pulih kita akan naikkan RM4,000 tetapi yang terbaik kerajaan boleh buat RM2,000 dulu, tapi kalau nak bayar lebih pun boleh," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Potong gaji lebih RM2,000, M40 cemerlang dikecualikan]

Dalam pada itu, Maszlee memaklumkan beliau dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memperjuangkan di Kabinet untuk pengecualian pembayaran kepada graduan yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama dan ia telah diluluskan.

"Saya dan Syed Saddiq telah perjuangan di Kabinet pengecualian bayaran balik PTPTN bagi peminjam yang mendapat keputusan kelas pertama turut diperluas kepada golongan isi rumah golongan pertengahan (M40), ia telah diluluskan oleh Kabinet.

"Ini yang terbaik kami lakukan bagaimanapun ia bukan pengakhiran. Apabila kewangan pulih kita akan cuba pastikan janji kita tepati," ujarnya.

Pada pembentangan Belanjawan 2019 lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan pelaksanaan potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan selain pengecualian bayaran bagi golongan B40 sekiranya graduan memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama.

Artikel Berkaitan: