Mangsa banjir Johor berkurangan kepada 2,999

SWM melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas banjir di seluruh Johor pada 3 hingga 9 Januari lalu.
SWM melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas banjir di seluruh Johor pada 3 hingga 9 Januari lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mangsa banjir di Johor terus berkurangan kepada 2,999 orang daripada 830 keluarga setakat jam 4 petang pada Rabu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu menunjukkan pengurangan berbanding 3,312 orang daripada 913 keluarga setakat jam 12 tengah hari.

"Dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup iaitu di Sekolah Kebangsaan (SMK) Cahaya Baru dan Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Masai di Pasir Gudang. Kedua-duanya ditutup pada jam 11.30 pagi.

"Setakat ini 30 PPS masih dibuka di lima daerah melibatkan Johor Bahru, Kota Tinggi, Segamat, Mersing dan Pontian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, syarikat konsesi sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) akan terus melaksanakan Operasi Bantuan Banjir SWM Environment di negeri ini.

Pengurus Besar Korporatnya, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, inisiatif pembersihan pasca banjir itu diteruskan di kawasan perkhidmatan yang terjejas sehingga keadaan kembali pulih seperti sediakala.

"Pihak SWM Environment akan menjalinkan kerjasama rapat dengan SWCorp Negeri Johor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor bagi memastikan kelancaran pelaksanaan inisiatif operasi CSR pasca banjir tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan:

SWM melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas banjir di seluruh Johor pada 3 hingga 9 Januari lalu.
SWM melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas banjir di seluruh Johor pada 3 hingga 9 Januari lalu.

Katanya, operasi itu telah dimulakan pada 3 hingga 9 Januari lalu apabila pihak SWM Environment mengutip 45 tan sampah susulan gelombang pertama banjir yang berlaku di negeri ini.

Kerja-kerja pembersihan dilaksanakan 110 kakitangan dengan menggunakan 37 jentera dan aset milik syarikat berkenaan termasuk 18 lori Roro, lima lori pemungut sampah terbuka, lima jentera penyembur, tiga lori Ultra Whack dan enam jentolak.

Dalam pada itu, Mohd Norlisam berkata, pihaknya akan terus menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan asas dan pelitup muka kepada 500 keluarga di kawasan yang sebelum ini dilanda banjir.

Sumbangan itu katanya, akan dihantar secara terus oleh sukarelawan SWM Kasih bersama anggota SWCorp Johor dan sukarelawan PKN Johor kepada mangsa banjir untuk meringankan beban mereka melalui proses pemulihan pasca banjir.