Nak pinjam RM10,000 tapi rugi RM18,960

Mangsa dikatakan tertarik dengan iklan pinjaman wang daripada sebuah syarikat berlesen di internet.Gambar kecil: ACP Noorzainy
Mangsa dikatakan tertarik dengan iklan pinjaman wang daripada sebuah syarikat berlesen di internet.Gambar kecil: ACP Noorzainy
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang penganggur kerugian RM18,960 selepas terpedaya dengan sindiket pinjaman wang tidak wujud, pada Selasa.

Mangsa yang berusia 29 tahun itu dikatakan tertarik dengan iklan pinjaman wang daripada sebuah syarikat berlesen di internet.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa berminat untuk mendapatkan pinjaman berkenaan dan terus berhubung dengan ejen secara dalam talian sebelum dia diminta membuat bayaran pemprosesan ke dalam akaun bank yang diberi.

Menurutnya, bayaran itu dibuat selepas pinjaman RM10,000.00 yang dikatakan telah lulus.

"Mangsa kemudian telah memasukkan wang bayaran proses pinjaman secara berperingkat.

"Mangsa membuat bayaran sebanyak RM 18,960 ke dalam satu akaun bank diberi untuk tujuan proses bagi mendapatkan wang pinjaman tersebut namun sehingga kini wang pinjaman itu tidak diterima," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Noorzainy berkata, mangsa hanya sedar ditipu apabila ejen terbabit gagal dihubungi dan terus terus membuat semakan dengan pihak polis.

"Yakin dirinya sudah terperangkap sindiket penipuan dan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

"Pihak polis menasihatkan sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket pinjaman wang secara dalam talian," katanya.