Hotel lima bintang di Teluk Datai, Langkawi terbakar

Hotel lima bintang terkenal di Teluk Datai, Langkawi yang terbakar dua kali pada petang Selasa dan pagi Rabu.
Hotel lima bintang terkenal di Teluk Datai, Langkawi yang terbakar dua kali pada petang Selasa dan pagi Rabu.
A
A
A

LANGKAWI - Sebuah hotel lima bintang terkenal di Teluk Datai di sini terbakar sebanyak dua kali dalam tempoh sembilan jam pada petang Selasa dan pagi Rabu.

Bangunan hotel berkenaan terbakar pada jam 1 pagi Rabu selepas kejadian pertama berlaku pada jam 4.04 petang Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 1.13 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi, api sedang marak akibat angin kencang melibatkan bangunan blok B dengan keluasan dianggarkan 300 x 900 kaki. Terbakar hampir keseluruhan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Anggota daripada BBP Langkawi dibantu anggota BBP Persiaran Putra berusaha memadamkan kebakaran bangunan hotel di Teluk Datai, Langkawi pada Rabu.
Anggota daripada BBP Langkawi dibantu anggota BBP Persiaran Putra berusaha memadamkan kebakaran bangunan hotel di Teluk Datai, Langkawi pada Rabu.

Menurut Mohamadul Ehsan, pihaknya bagaimanapun mengalami masalah bekalan air dan akses untuk melakukan operasi memadamkan api.

Menurutnya, operasi dilaksanakan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi juga dibantu anggota BBP Persiaran putra.

"Anggota bomba bertindak melakukan pemadaman melalui cara 'fire break' di sayap selatan dan sayap utama bangunan tersebut menggunakan pancutan air daripada air tangki jentera," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, anggota bomba turut melakukan pengawalan kebakaran di bahagian restoran bersebelahan hotel itu bagi mengelak bahang api daripada kebakaran utama.