Elakkan diri dalam perniagaan haram dan riba

Dari kiri; Fazrul,Tengku Asmadi, Zaharuddin dan Ahmad Tirmizi pada Wacana al-Quran Siri ke-62 bertajuk 'Bisnes MLM: Sah atau Sala'h yang bersiaran secara langsung dari Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Selasa. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Dari kiri; Fazrul,Tengku Asmadi, Zaharuddin dan Ahmad Tirmizi pada Wacana al-Quran Siri ke-62 bertajuk 'Bisnes MLM: Sah atau Sala'h yang bersiaran secara langsung dari Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Selasa. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Umat Islam diingatkan supaya tidak melibatkan diri dalam apa-apa perniagaan yang berasaskan riba atau yang dikenal pasti haram di sini agama.

Pengasas Elzar Group & Myclazz.com, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman berkata, walaupun sekiranya perniagaan itu menguntungkan, namun jika ada perkara-perkara yang mencarikkan hak ALLAH seperti riba, ia tidak boleh dan perlu dihentikan segera.

Beliau berkata, jika seseorang itu takut menjadi papa kedana kerana mengikut arahan ALLAH SWT, ketahuilah bahawa ALLAH sebenarnya yang memperkayakan manusia dan bukannya harta.

"Jadi jika kamu terlibat dalam mana-mana perniagaan haram seperti 'forex trading', ia adalah haram. Walaupun dapat keuntungan ia tidak halal.

"Contoh lain jika terdapat perniagaan 'multi level marketing' (MLM) yang tidak halal, ia tidak boleh terlibat juga kerana ia haram dan hanya menjauhkan manusia daripada ALLAH," katanya pada Wacana al-Quran Siri ke-62 bertajuk 'Bisnes MLM: Sah atau Salah' yang bersiaran secara langsung dari Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.

Program itu turut menampilkan Pengasas dan Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad sebagai panelis; Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail selaku moderator dan qari, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali yang memperdengarkan bacaan surah al-Nisa' ayat 29-30 serta surah al-Maidah ayat 2.

ZAHARUDDIN. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
ZAHARUDDIN. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

Zaharuddin berkata, begitu juga dengan perniagaan 'money game', walaupun boleh menjadikan sesorang itu jutawan, dapat memberi makan, pekerjaan dan pendapatan kepada ramai orang tetapi hakikatnya ia menjauhkan manusia daripada ALLAH dan tiada keberkatan dalam pendapatan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, mengulas bagaimana untuk menentukan sesuatu perniagaan itu termasuk MLM tidak terlibat memberi sokongan secara jelas kepada mana-mana organisasi yang terlibat kegiatan berdosa dan yang memusuhi Islam, Zaharuddin berkata, dalam Islam perkara itu sangat jelas.

Katanya, ia dinyatakan di mana Nabi Muhammad SAW melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak termasuk petani, pemerah, pengilang, pembeli dan penjual.

Selain itu, katanya, menerusi hadis lain, Nabi Muhammad SAW menyebut dalam pengharaman riba iaitu mereka yang memberi dan mengambil dikira sama sahaja.

Sementara dalil ketiga, katanya, Nabi menyatakan lagi bahawa dilaknati orang yang makan, memberi makan, tukang tulis termasuk saksi.

"Maknanya jika seseorang itu menjadi penjamin kepada pinjaman riba, turut dikira terlibat.

"Banyak lagi dalil lain dan daripada kumpulan dalil ini ulama jadikan satu kaedah yang am menunjukkan sesuai dengan ayat dan hadis itu. Apa saja yang membawa kita menyokong secara jelas perkara yang mensyirikkan ALLAH, maka ia tidak dibenarkan," katanya.

Tambah Zaharuddin, ALLAH juga menyebut dalam surah al-Nisa' iaitu 'jangan kamu makan harta secara batil'.

Katanya, ia membawa maksud jangan makan harta orang lain dengan cara yang pertamanya iaitu ada perkara-perkara yang mencarikkan hak ALLAH seperti riba.

"Kedua, dalam perkara melibatkan judi dan perniagaan yang ada gharar (ketidaktentuan atau tidak jelas) dalam aspek kontrak, harga, penghantaran dan sebagainya," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, ALLAH menegaskan bahawa apa yang perlu dilakukan dalam perniagaan adalah dengan memastikan wujudnya apa sahaja yang boleh membawa reda antara kedua-dua pihak.

"Apabila ia tidak bercanggah dengan hak ALLAH, maka itu adalah sasaran maqasid syariah dalam bab perniagaan," katanya.