Tindakan 'main kayu tiga' perlu dihentikan

Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib
Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bermain kayu tiga dengan bersekongkol dalam isu sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dihentikan.

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib berkata, seperti yang didedahkan Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa ia telah melanggar keputusan rasmi parti.

"Ramai golongan kelas menengah Melayu kecewa dengan tindakan itu.

"Sikap ini tidak boleh dimaafkan orang Melayu kerana masing-masing melihat kekuatan Perikatan Nasional (PN) itu mengukuhkan kekuatan bangsa Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian selaku panelis pada Wacana Sinar Edisi Ke-224 bertajuk 'PN: Kerjasama Sekerat Jalan?' yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Selasa.

Kartini berkata, beliau melihat trend pembentukan kepada strategi kumpulan berdasarkan kepentingan yang berbeza dan berubah-ubah.

"Apa yang berlaku dalam kelemut UMNO dan Bersatu ini kita kena lihat perbezaan besar yang membuat UMNO hilang arah apabila Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tidak memegang portfolio kementerian seperti kebiasaan 60 tahun dulu

"Ini menimbulkan rasa tidak puas hati walaupun kita dilihat peluang dan ruang dah diberi kepada UMNO," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut berpendapat pengisytiharan darurat perlu sebagai satu tempoh bertenang termasuk untuk kestabilan politik.

"Darurat tidak ada salahnya. Ini soal keselamatan dan survival darurat melahirkan dua dimensi iaitu membolehkan pemulihan ekonomi yang lebih fokus dan usaha pemulihan jangkitan wabak Covid-19," katanya.