YouTube gantung saluran Presiden Trump

Donald Trump
Donald Trump
A
A
A

WASHINGTON - YouTube menggantung saluran Presiden Donald Trump sekurang-kurangnya seminggu, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik CNN.

Perkhidmatan perkongsian video dalam talian Amerika Syarikat (AS) itu memberitahu CNN Business bahawa video di saluran Trump baru-baru ini didakwa mencetuskan keganasan.

YouTube merancang mengkaji semula keputusan tersebut dalam seminggu.

Terdahulu, Twitter dan Facebook menggantung akaun Trump secara kekal. - Bernama

Artikel Berkaitan: