X

Kindly register in order to view this article
!

Juruteknik mengaku ugut rogol ibu kenalan, bunuh mangsa

Foto 123RF
A
A

PETALING JAYA - Seorang juruteknik penyaman udara mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mengugut hendak merogol ibu kenalannya dan membunuh pelajar itu pada Oktober tahun lepas.

M Satis Naidu, 30, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Zhafran Rahim Hamzah.

Tertuduh didakwa mengugut akan merogol ibu pelajar lelaki berusia 16 tahun itu dan mengugut untuk membunuh mangsa (pelajar) di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, di sini pada jam 3 pagi, 30 Oktober tahun lepas, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zafirah Syed Mustapa menawarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh sementara menunggu tarikh jatuh hukum.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah menetapkan jaminan yang rendah atas alasan dia adalah penanggung utama keluarga.

Zhafran membenarkan Satis Naidu dibebaskan dengan jaminan RM1,800 serta seorang penjamin selain menetapkan 1 Mac depan untuk pendengaran fakta kes dan menjatuhkan hukuman. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!