Mayat reput dalam rumah kosong

Bilik di mana mayat yang hampir remput dan tidak berpakaian ditemui di sebuah rumah di Kuala Permai, Kuala Sungai Baru Melaka pada Selasa. (Gambar kecil: Superintendan Arshad Abu )
Bilik di mana mayat yang hampir remput dan tidak berpakaian ditemui di sebuah rumah di Kuala Permai, Kuala Sungai Baru Melaka pada Selasa. (Gambar kecil: Superintendan Arshad Abu )
A
A
A

ALOR GAJAH - Mayat reput dan tidak berpakaian ditemui di dalam sebuah rumah teres yang tidak didiami lebih 14 tahun di Kuala Permai, Kuala Sungai Baru Melaka, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mayat dipercayai lelaki itu ditemui oleh adik kepada pemilik rumah berkenaan dalam keadaan terlentang di sebuah bilik kosong.

Menurutnya, hasil pemeriksaan fizikal mayat tersebut, pihaknya mempercayai mangsa merupakan seorang lelaki berusia 30an dan identiti mangsa masih belum dikenal pasti selain terdapat dua buah beg di sisi mayat tersebut.

"Pengadu datang ke rumah itu untuk mengemas rumah berkenaan bagaimanapun terkejut melihat satu mayat yang tidak berpakaian dalam bilik kedua.

"Pengadu juga memaklumkan tidak menghidu bau busuk dan rumah itu dipercayai tidak berpenghuni sejak 15 tahun lalu," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Tambahnya, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah membuat pemeriksaan terhadap mayat tersebut dan tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan akan menjalankan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap individu yang mendakwa mengenali si mati.

Artikel Berkaitan: