X

Kindly register in order to view this article
!

Banjir termenung Pahang dijangka berlarutan

Che Adam (dua dari kiri) memberikan penerangan tentang situasi banjir di Terengganu kepada Norhafifi (kanan).
A
A

KUALA TERENGGANU - Limpahan air Sungai Pahang yang melebihi paras normal menjadi punca banjir termenung di Pahang akan berlarutan untuk tempoh seminggu atau dua minggu lagi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Norhafifi Ismail berkata, limpahan sungai disebabkan hujan berterusan sebelum ini.

Menurutnya, hasil pemantauan udara, air di Sungai Pahang melimpah dan melebihi paras bahaya.

"Keadaan kali ini agak berbeza kerana kebiasaannya banjir mengalir ke sungai dan laut sebelum banjir tetapi di Pahang, Sungai Pahang itu melimpah keluar.

"Itu yang dikatakan banjir termenung kerana selagi air Sungai Pahang itu tidak surut, air yang ada di kawasan banjir tidak akan surut, kecuali diserap secara perlahan atau saluran lain.

"Kita doakan hujan berhenti atau kembali reda seperti minggu ini supaya paras air sungai kembali normal," katanya selepas mengadakan Lawatan Kerja Rasmi Pasca Banjir ke Terengganu di Bilik Gerakan Bencana Terengganu di sini pada Rabu.

Turut hadir, Pengarah APM Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman.

Norhafifi juga berharap limpahan air ke kawasan perumahan akan kembali mengalir ke sungai dan laut supaya kerja-kerja pasca banjir dapat dilakukan.

Jelasnya, beberapa aktiviti pasca bencana telah dilakukan dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) di beberapa kawasan di Pahang dan Terengganu.

"Tumpuan kita kini ialah membersihkan kemudahan awam seperti sekolah, balai raya dan masjid dengan sasaran sekurang-kurangnya 20 buah pada satu-satu masa di setiap lokasi," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!